TENTANG KAMI
Sarang Burung Walit 'Yan Li Bao' berasal dari Malaysia, ia adalah produk yang berkualiti dari BASIS Marketing Services Sdn Bhd, sebuah anak syarikat BASIS Holding Sdn Bhd ditubuhkan sejak tahun 1985. BASIS mempunyai beberapa rumah ladang ekologi asal khas untuk burung walit di Malaysia, ia bebas dari pencemaran dan mempunyai persekitaran ekologi semula jadi. BASIS juga memiliki kilang pemprosesan yang disahkan dengan pensijilan antarabangsa dan bercadang untuk mengadakan peruntukan mengenai perkhidmatan sehenti. BASIS bertujuan menghasilkan produk-produk bebas dari pencemaran, berkualiti baik dan tulen. Produknya seperti sarang burung yang sempurna, jaluran sarang burung, biskut sarang burung, sarang burung segera dan produk-produk lain dan dieksport ke seluruh dunia.

Misi Syarikat: BASIS bertujuan untuk menghasilkan sarang burung walit yang berkhasiat dan bermutu tinggi demi kesihatan dan kepentingan para pelanggan dan pengguna.

BASIS telah menggunakan konsep 'berorientasikan rakyat ' untuk melaksanakan ekologi rumah burung yang asal, mengimbangi hubungan manusia dan semula jadi. Kami berusaha untuk meningkatkan taraf hidup manusia tanpa memusnahkan semula jadi. Dengan itu, kami mengubah pemikiran tradisional dengan corak penggunaannya, dan kami juga telah menubuhkan satu konsep baru persekitaran ekologi supaya menggalakkan idea penggunaan hijau.


Sarang Burung 'Yan Li Bao' --- berasal dari ekologi rumah burung asli

BASIS memiliki beberapa ladang rumah burung dengan ekologi asal di bahagian Timur Peninsular Malaysia. Produk sarang burung 'Yan Li Bao' yang dihasilkan diperolehi daripada rumah burung yang dimiliki oleh syarikat dan juga dari pengusaha-pengusaha yang dipercayai dan layak serta telah lama membekalkan sarang burung walit.

Pandangan Luar


Pandangan Dalaman


 
 
PayPal Logo
Copyright @ BASIS Group Malaysia Sdn Bhd