PEMPROSESAN SARANG BURUNG WALIT YAN LI BAO


Langkah Satu: Penetasan

BASIS mempunyai beberapa rumah ladang burung walit dalam persekitaran ekologi semula jadi di Malaysia yang bebas dari pencemaran. Pada musim penetasan, para pekerja akan memastikan telur burung walit menetas terlebih dahulu. Para pekerja juga harus memastikan burung walit yang muda terbang sebelum proses penetasan berlaku dan pekerja harus berhati-hati meletakkan sarang burung ke dalam kotak sebelum dihantar ke tempat pemprosesan.



Langkah Dua: Pembahagian

Sarang burung yang telah menetas akan diserahkan kepada kilang pemprosesan BASIS yang dilengkapi dengan peralatan yang betul dan mengikut pensijilan standard GMP. Pekerja kilang akan membahagikan sarang burung tersebut mengikut kualiti, bentuk dan saiz.



Langkah Tiga: Pembersihan

Pengurus kilang akan mengedarkan sarang burung yang telah dibahagikan kepada pekerja-pekerja kilang yang berpengalaman untuk membersihkan sarang burung dengan menggunakan peralatan yang betul dan mengikut Standard Of Procedure (SOP).




Langkah Empat: Pembentukan Semula

Kakitangan Kawalan Kualiti akan menerima sarang burung yang telah dibersihkan dan kemudian meneruskan dengan proses pembentukan semula. Proses pembentukan semula dilakukan melalui memvakum dan pengeringan untuk mengeluarkan kandungan air sepenuhnya. Kaedah ini juga mencegah pertumbuhan bakteria disebabkan oleh tempoh pengeringan yang lama dalam suhu rendah dan untuk mengelakkan pencemaran tahap kedua.





Langkah Lima: Pembungkusan

Sarang burung walit kemudiannya akan dibungkus ke dalam kotak yang tertutup dan dibasmi kuman dengan menggunakan ultra ungu sebelum dieksport ke seluruh dunia.

 
 
PayPal Logo
Copyright @ BASIS Group Malaysia Sdn Bhd